Gambar Pilihan Hari Ini
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Facebook/Azlan Ibrahim
BERITAmediacorp: Nenek-nenek dalam Gambar Pilihan Hari Ini kelihatan begitu bertenaga bermain papan selaju sehingga dapat melakukan aksi yang tidak terfikir akan dilakukan golongan usia sebaya mereka.
Namun, ia sebenarnya hanya hasil kecerdasan buatan (AI) oleh seorang warga Malaysia Azlan Ibrahim yang menggunakan program perisian, Midjourney, untuk menghasilkan gambar palsu itu. Bermakna, nenek-nenek dipaparkan dalam gambar itu bukan manusia sebenar dan ia sekadar buat hiburan sahaja.
Ramai warga siber pada awalnya percaya bahawa gambar-gambar itu tulen ketika ia dimuat naik lebih dua minggu lalu.
Pencipta gambar itu sudahpun mengesahkan kepada pengikutnya di Facebook bahawa gambar-gambar itu palsu dan sekadar ingin menunjukkan kepada orang ramai tentang kemungkinan luas lagi menakjubkan menggunakan teknologi moden.

Sumber : BERITA Mediacorp/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.