Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Di tengah-tengah cuaca panas di Singapura, mesti ramai yang tidak lagi beriadah atau bersenam di taman atau tepi pantai. Malah, ada yang bermandi peluh meskipun bersenam di dalam rumah.

Namun, bagi wanita yang dipaparkan dalam Gambar Pilihan Hari Ini, cuaca panas yang melanda sekarang tidak menghalangnya daripada menikmati kehijauan di luar rumah. 

Beliau memasang kipas kecil pada payungnya supaya dapat merasakan angin sepoi-sepoi. Dipanggil Fanbrella, kipas kecil itu mudah dipasang dan disimpan selepas menggunakannya. 

Buat masa ini, Fanbrella hanya ditawarkan di Amerika Syarikat, tetapi syarikat Ming Kee Umbrella di Singapura menjual produk yang serupa tetapi dalam saiz biasa yang dilengkapi dengan kipas lebih kecil.

Mungkin anda berminat untuk mendapatkan payung berkipas ini untuk menangani cuaca panas yang melanda sekarang... 

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan