Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Sepanjang beberapa hari lalu, anda mungkin sudah terpandang gambar yang dipetik Gambar Pilihan Hari Ini di Instagram Story rakan anda atau anda sendiri yang mengongsikan gambar ini...

BaGI peluang menerima hadiah percuma bernilai AS$10,000 (S$13,316), penduduk di merata dunia mengongsikan gambar selebriti YouTube MrBeast, mengikutnya di Instagram dan meninggalkan nama pengguna rakan di ruang komen. 

Sempena ulang tahun beliau, MrBeast atau nama sebenarnya Jimmy Donaldson ingin memberikan hadiah percuma kepada 10 pengikut yang melakukan langkah-langkah yang tertera di atas. 

Antara pemenang yang diumumkan pada Khamis (11 Mei) adalah seorang artis di Singapura, Sheryl Tan yang nama penggunanya di Instagram adalah @meyyen_.

"Saya tidak boleh bernafas. Terima kasih semua kerana mendoakan terbaik!" kata Cik Tan yang tidak menjangkakan beliau akan menang. 

Ramai netizen mengucapkan tahniah kepada Cik Tan dan ada juga yang berasa kesal tidak merampas peluang untuk mengongsi gambar itu di Instagram Story mereka kerana tidak sangka seorang warga Singapura boleh turut menang hadiah... 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan