Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Seorang pelajar Korea Selatan yang kelaparan kerana tidak makan sarapan, makan sebiji pisang yang merupakan sebahagian daripada karya seni artis Maurizio Cattelan, yang dipaparkan dalam Gambar Pilihan Hari Ini. 

Karya seni 'Comedian' itu dilekatkan pada salah satu tembok di Muzium Seni Leeum Seoul dan ditanggalkan oleh pelajar, Noh Huyn-soo, meskipun ramai yang memberi amaran agar dia tidak berbuat demikian. 

Dia kemudian melekatkan kulit pisang pada tembok tersebut dan bergambar dengan hasilnya sebelum meninggalkan tempat itu. 

"Merosakkan karya seni juga boleh dianggap sebagai satu karya seni tersendiri, saya fikir ia mungkin menarik. Bukankah ia ditampal pada tembok untuk dimakan?" kata pelajar Universiti Nasional Seoul itu kepada KBS. 

Ini bagaimanapun bukan kali pertama karya seni itu ditanggalkan untuk dimakan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan