Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Tangkapan skrin video flamjars/TikTok)
BERITAmediacorp: Baru-baru ini tular rakaman di TikTok yang memaparkan seorang peniaga di bazar Ramadan di Bandar Baru Uda, Johor Bahru kerana beliau kelihatan mirip pelakon utama filem 'Fast & Furious' Van Diesel.
Peniaga yang dipetik dalam Gambar Pilihan Hari Ini membuat ramai terhibur apabila menyediakan kunefe kepada pelanggan di salah satu gerai di bazar Ramadan itu.
"Dominic Torreto (watak yang dimainkan Van Diesel) pun terkesan dengan kos sara hidup yang tinggi. Kesian sampai terpaksa jual kunefe," gurau seorang warga net.
"Dari F&F ke F&B," kata seorang lagi warga net.
Terletak berdekatan dengan Koswe, sesetengah warga net teringin sekali mengambil peluang cuti hujung minggu ini untuk mengunjungi bazar itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.