Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Megs Tard/Facebook)

BERITAmediacorp: Anda sudah kebuntuan idea bagi tempat untuk membawa anak-anak anda sempena cuti sekolah Mac ini? 

Pada hujung minggu terakhir cuti sekolah ini, apa kata anda bawa anak-anak anda mengunjungi Taman di Pesisiran untuk melihat Optimus Prime? Berlatarbelakangkan Marina Bay, arca dari filem Transformers yang dipaparkan dalam Gambar Pilihan Hari Ini seolah-olah sedang melindungi Singapura daripada musuh. 

Sebagai sebahagian kempen promosi filem Transformers seterusnya 'Transformers: Rise of the Beasts', arca besar ini akan berada di Taman di Pesisiran sehingga 10 April 2023. Ia dibuka dari pukul 5.00 pagi hingga 12.00 tengah malam. 

Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk melihat Optimus Prime bersama anak-anak anda! 

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan