Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Petikan video: zurainiswarno/TikTok)

BERITAmediacorp: Meski berdepan risiko dihanyutkan arus bah yang deras, lelaki dalam Gambar Pilihan Hari Ini bertekad untuk meneruskan jua misi menghantar makanan kepada para mangsa banjir di Johor, yang menjadi antara negeri paling teruk dilanda bencana alam itu di Malaysia.

Tular di media sosial rakaman video menunjukkan lelaki berkenaan berpaut sedaya mampu pada tali sedang beliau menghulurkan bungkusan-bungkusan makanan kepada para relawan lain yang menanti di hadapan pekarangan sebuah sekolah.

Air bah dilaporkan naik dari paras betis hingga mencecah paras pinggang dan lelaki itu kelihatan berusaha untuk mengekalkan keseimbangannya dalam menjalankan misi tersebut.

Beliau bahkan menggelengkan kepalanya, memberi isyarat tidak mampu bertahan dan melawan arus deras itu, ketika cuba untuk berjalan sambil menjinjing bungkusan-bungkusan makanan.
Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan