Gambar Pilihan Hari Ini

Gambar: Instagram/Restaurant Aisyah
BERITAmediacorp: Sempena Hari Wanita Sedunia, restoran makanan Cina 'Restaurant Aisyah' yang dimiliki orang Islam menawarkan potongan harga 20 peratus jika anda bernama Aisyah atau makan bersama kawan atau ahli keluarga bernama Aisyah.
"Nama anda Aisyah? Atau awak kenal seseorang bernama Aisyah? Bawa beliau ke Restaurant Aisyah dan nikmati potongan 20% daripada jumlah bil anda!" tulis Restaurant Aisyah dalam catatan di Instagram milik mereka.
Potongan harga tersebut dapat dinikmati hingga akhir minggu ini (8 Mac-15 Mac).
Restaurant Aisyah terletak di Telok Ayer dan orang ramai dinasihatkan supaya membuat tempahan dahulu sebelum datang ke sana.
Ayuh Aisyah - jangan terlepas peluang nikmati hidangan Cina!
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.