Gambar Pilihan Hari Ini
Banjir buruk yang melanda beberapa bahagian di Malaysia menyebabkan kerosakan meluas termasuk harta benda dan prasarana.

(Gambar: The Star)
BERITAmediacorp: Banjir buruk yang melanda beberapa bahagian di Malaysia menyebabkan kerosakan meluas termasuk harta benda dan prasarana.
Sungguhpun demikian, keihsanan sesetengah individu ditonjolkan meskipun bertugas dalam situasi berbahaya.
Seorang ahli bomba sanggup mempertaruhkan nyawanya untuk menyelamatkan seekor anak kambing yang terperangkap di atas timbunan pasir.
Lebih menggerunkan, timbunan pasir itu akan ditenggelami air banjir namun insan berhati mulia itu tetap mengharungi air banjir demi menyelamatkan haiwan itu daripada lemas.
Tindakannya itu dipuji ramai yang mengatakan mereka barangkali tidak berani berbuat demikian kerana khuatir meletakkan diri dalam keadaan bahaya demi seekor haiwan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.