Gambar Pilihan Hari Ini
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Instagram/tyvmdrinks)
BERITAmediacorp: Pekerja penghantaran, tidak kira posmen atau pemandu lori sampah sekalipun, yang berada di kawasan Yarrow Gardens di Siglap kini boleh saja mengambil minuman yang diberikan secara percuma menerusi mesin layan diri ini.
Ditempatkan di luar rumah nombor 13, mesin layan diri tersebut, yang dipaparkan dalam Gambar Pilihan Hari Ini, adalah cetusan ilham Encik Eric Chiam dan keluarganya.
Projek TYVMDrinks (iaitu singkatan bagi "thank you very much") ini tercetus daripada hasrat keluarga ini untuk menzahirkan penghargaan kepada pekerja dan pemandu penghantaran atas kerja keras mereka, yang bertungkus lumus menjalankan tugas baik di bawah terik matahari mahupun hujan.

Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.