Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Meng Kuang Han/Facebook)

BERITAmediacorp: Pada 2021, apabila bunga bangkai atau nama saintifiknya Amorphophallus titanum, ditemui di Sembawang, dan orang ramai berpusu-pusu ke lokasi tersebut untuk melihatnya. Namun, malangnya, ia dipercayai dipotong oleh dua orang lelaki.

Hampir dua tahun kemudian, bunga bangkai muncul di Singapura sekali lagi, seperti yang dipetik Gambar Pilihan Hari Ini. Kali ini, individu dan warganet lain bersetuju untuk tidak mendedahkan lokasi bunga itu supaya insiden yang tidak diingini dapat dielak. 

Selain rupanya yang lain daripada lain, ia mempunyai bau yang kuat seakan-akan bangkai yang memikat lalat, lebah dan kumbang bagi pendebungaan bunganya. 

Ia mekar hanya setiap beberapa tahun dan selama beberapa hari sahaja, menjadikannya salah satu bunga yang ingin dilihat ramai. 

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan