Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Kanak-kanak penyeri kehidupan. Tanpa kehadiran, gelagat dan hilai tawa mereka, dunia terasa sepi sekali.

Kesunyian itulah yang menyelubungi Turki selepas bahagian tenggara negara itu digoncangkan dengan gempa bumi dahsyat pada 6 Februari lalu, meragut nyawa lebih 50,000 orang, termasuk di negara jiran Syria.

Sebagai memperingati mangsa-mangsa korban khususnya kanak-kanak akibat gempa bumi itu, lelaki dalam Gambar Pilihan Hari Ini meletakkan belon-belon merah di tempat gugurnya sejumlah kanak-kanak akibat bencana alam itu.

Kesan yang dibangkitkan, dengan berlatarbelakangkan serpihan-serpihan daripada runtuhan bangunan, cukup ketara. Warna merah terang itu ibarat melambangkan jiwa kanak-kanak yang secara fitrahnya menyinari ruang yang diisinya.

Di Turki sahaja, lebih 43,000 orang terbunuh dalam gempa bumi itu, namun pihak berkuasa belum mendedahkan berapa ramai dalam kalangan mangsa korban itu adalah kanak-kanak.
Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan