Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Kerinduan yang mengiringi kehilangan seseorang yang sudah pergi buat selama-lamanya, sukar untuk pudar.

Barangan peribadi seperti gambar-gambar seringkali ditatap bagi mengubat kerinduan tersebut dan mengimbau kenangan indah bersama.

Bagi seorang pengguna TikTok dengan nama akaun "retroridersg", beliau sebaliknya menggunakan gambar di platform Google Maps untuk mengenang mendiang neneknya yang meninggal dunia pada 2020.

Ini memandangkan salah satu gambar arkib bertarikh “Feb 2009” di platform tersebut, yang memaparkan laluan melintas trafik di Blok 840 Hougang Central, kelihatan kelibat neneknya yang sedang menunggu lampu hijau pada ketika itu.

Yang jelas, hantaran tersebut di platform TikTok menyentuh kebanyakan warga net sehingga ramai daripada mereka turut berkongsi pengalaman kehilangan mereka yang tersayang bahkan kenangan di tempat-tempat di Singapura yang sudah sudah tiada lagi.
Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan