Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: RR Production/Facebook)

BERITAmediacorp: Seri pengantin perempuan antaranya datang dari jambak bunga yang digenggam di tangannya. 

Dari zaman dahulu sehingga sekarang, pelbagai jenis dan reka bentuk bunga yang digunakan pegantin. Namun, untuk pegantin yang satu ini, lain macam 'bunga' di tangan.

Pengantin dari Filipina yang dipetik Gambar Pilihan Hari Ini, memilih untuk membawa masuk jambak unik penuh dengan bawang merah seberat empat kilogram bagi majlisnya pada 21 Januari. 

Memandangkan harga bawang merah di Filipina melambung tinggi sehingga menjangkaui harga daging, ia dianggap seolah-olah sebagai satu barangan mewah. 

Lagipun, Cik April Lyka, 28 tahun, berkata, ia lebih praktikal berbanding bunga kerana selepas majlisnya itu, beliau memberikan bawang merah yang dibawanya tadi kepada tetamu sebagai cenderahati yang kemudian boleh digunakan lagi. 

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan