Gambar Pilihan Hari Ini
Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Dengan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang dalam beberapa hari saja, masyarakat Cina pastinya tidak sabar untuk meraikanya. Begitu juga, masyarakat berbangsa lain yang tidak kurang ghairahnya menikmati kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina.
Suasana meriah seperti itu turut dirasakan di Aquaria KLCC oceanarium di Kuala Lumpur, sepertimana ditampilkan dalam Gambar Pilihan Hari Ini.
Seorang penyelam di akuarium tersebut, yang serba lengkap dengan kostum Singa yang berwarna-warni, kelihatan menampilkan persembahan tarian Singa yang penuh bertenaga, diiringi dengan bunyi gendang dan simbal.
Para pengunjung semestinya terhibur dengan persembahan tradisional yang unik itu.

Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.