Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

Gambar: Facebook/Changi Airport

BERITAmediacorp: Sepanjang hujung minggu ini, pengunjung ke Jewel Lapangan Terbang Changi akan menyaksikan watak-watak Disney 'bermandi-manda' di air terjun HSBC Rain Vortex, yang menjadi mercu tanda pusat beli-belah itu.

Pertunjukan cahaya dan bunyi 'Disney100 Light and Sound' itu akan memancarkan babak filem-filem Disney popular, dengan diiringi lagu-lagunya di latar, termasuk "When You Wish Upon A Star" dan "A Whole New World".

Orang ramai boleh menikmati pertunjukan cahaya dan bunyi selama enam minit itu pada pukul 7.30 malam sehingga Ahad ini (15 Jan).

Bukan itu sahaja, khas untuk peminat Disney, mereka juga berpeluang untuk berinteraksi dengan watak-watak khas di Shiseido Forest Vallet selain tangkap gambar di 10 pemasangan bertemakan Disney yang disediakan.
Sumber : BERITA Mediacorp/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan