Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Nuria Ling/TODAY)
BERITAmediacorp: Berkat usaha selama enam bulan, akhirnya, seorang pesara berusia 77 tahun berjaya menyelesaikan mural di sebuah dataran kejiranan di Bedok.
Karya seni hasil sentuhan Encik Sim Boh Huat dalam Gambar Pilihan Hari Ini dibuat daripada 80,000 penutup botol plastik yang disumbangkan oleh masyarakat awam. Ia memaparkan pelbagai warna serta corak, termasuk mercu tanda Singapura, Merlion.
Encik Sim, yang berharap dapat meneruskan usaha membuat mural di tempat awam, berkata karya seni seterusnya tidak perlu bersaiz besar kerana beliau akur ia mungkin sukar untuk mencari ruang yang sesuai bagi berbuat sedemikian.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.