Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Kucing-kucing masyarakat amat disayangi dan disanjungi ramai penduduk, malah ada yang sanggup berhempas pulas supaya dapat memberikan kucing-kucing ini tempat tinggal yang selesa meskipun di kolong blok.

Demikian yang dipaparkan dalam Gambar Pilihan Hari Ini. Seekor kucing di Ubi diberikan mahligai indah diperbuat daripada kotak kitar semula yang lengkap dengan dua tingkap kecil buat pengalihan udara dalam rumah.

Tersedia juga selimut, makanan dan minuman.

Namun apa yang membuatkan ia lebih lucu adalah haiwan itu tidak muat dalam pintu rumah tersebut kerana terlalu "comel!"

Semoga oyen mendapat rumah yang lebih besar kelak.
Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan