Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Sebuah kedai kopi yang terletak di Restoran Khong Guan di Blok 49, Stirling Road menerima 'tetamu' yang sungguh tidak dijangka! Ini memandangkan 'tetamu' tersebut jarang ditemui di luar hutan mahupun hutan bakau, bahkan ia dikenali sebagai haiwan yang hanya aktif pada waktu malam.

Seekor musang luwak, yang ditampilkan dalam Gambar Pilihan Hari Ini, kelihatan tersembunyi di ceruk paip sambil memerhati pekerja di kedai kopi tersebut menyiapkan pesanan untuk pelanggan pada awal pagi Jumaat (11 Nov).

Menariknya, spesies musang tersebut dikenali sebagai 'pengeluar' kopi luwak, iaitu sejenis kopi yang terkenal di Asia Tenggara, di mana biji kopi keluar bersama najis musang.

Haiwan ini rata-rata menarik perhatian warganet di media sosial dengan sesetengah mereka secara berseloroh berkata kopi yang dihidangkan pada hari tersebut mungkin "paling segar" yang pernah dirasai para pelanggan.
 
Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan