Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

Gambar: The Paper/Weibo

Diterbitkan : 09 Nov 2022 11:51AM Dikemas Kini : 09 Nov 2022 12:01PM
BERITAmediacorp: Gambar Pilihan Hari Ini memaparkan seorang wanita yang tidak segan silu menyarungkan plastik lutsinar ketika berada dalam sebuah gerabak kereta api bawah tanah di bandar Wuhan di wilayah Hubei, China.

Difahamkan wanita itu sedang melindungi dirinya daripada virus COVID-19 dan pada masa yang sama, mengisi perutnya dengan sebiji pisang semasa dalam perjalanan.

Para penumpang lain, bagaimanapun, tidak ambil endah akan kelakuan aneh wanita itu.

Rakaman video menunjukkan beliau berselubungkan plastik sambil menikmati pisang menjadi tular di wadah media sosial China, mencetuskan beragam reaksi daripada warga net.

Segelintir pihak menganggap tindakannya untuk melindungi diri daripada virus itu agak keterlaluan.

Ada pula yang berseloroh dan malah mencadangkan wanita itu sepatutnya menggunakan beg plastik hitam supaya tiada sesiapa akan melihat beliau makan kerana perbuatan itu dilarang ketika dalam kereta api di Wuhan, sepertimana di bandar-bandar China lain.
Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan