Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Jenama fesyen Uniqlo dari Jepun menjadi antara pilihan kegemaran orang ramai sekiranya ingin mencari pakaian yang selesa dan sesuai untuk pelbagai acara tertentu.

Uniqlo kini tidak sekadar menjual pakaian, malah juga menawarkan bunga serta khidmat gubahannya.

Hanya di cawangan Orchard Central, para pelanggan boleh membeli pelbagai jenis bunga - termasuk bunga ros serta bunga teluki - dan bahkan memilih untuk mendapatkan khidmat gubahan yang disediakan.

Jadi jika anda tercari-cari 'kedai' bunga yang berpatutan pada saat-saat akhir ketika berada di kawasan Orchard Road, anda tahu ke mana hendak dituju.

Namun, 'kedainya' dibuka buat tempoh sementara saja sehingga 20 Oktober 2022.
 
Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan