Skip to main content

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

Tasik Suchitlan di El Salvador. (Gambar: AFP)

BERITAmediacorp: Jika tiada kelibat sampan, pasti sukar untuk percaya ini sebenarnya sebuah tasik.

Sisa plastik pelbagai bentuk dan warna yang mengalir dari anak sungai menyelimuti Tasik Suchitlan di El Salvador, satu pemandangan mengecewakan yang juga biasa dilihat di pantai-pantai Caribbean di mana ribuan tan sampah mencemarinya dari negara jiran, Guatemala.

Tasik Suchitlan, seluas 13,500 hektar, berfungsi sebagai takungan untuk loji bekalan kuasa dan UNESCO menganggapnya sebagai tanah lembap yang berkepentingan di peringkat antarabangsa.

Namun malangnya, kejernihannya tercemar dek botol-botol, paket ubat-ubatan, selipar yang koyak dan bermacam-macam lagi jenis sisa.

Para nelayan tempatan mengeluh betapa sukar untuk mereka menangkap ikan-ikan seperti tilapia dan siklid yang kini berenang jauh ke dalam tasik buatan di mana kawasannya tidak terjangkau oleh jaring ikan mereka.
Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita