Gambar Pilihan Hari Ini
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Facebook/ Desmond Lee
BERITAmediacorp: Sembilan pod untuk bekerja dan belajar kini boleh dimanfaatkan para penduduk yang tinggal berdekatan tiga kawasan ini - Blok 183C Boon Lay Avenue, Blok 260 Boon Lay Drive dan Blok 674B Jurong West Street 65.
Lengkap dengan penghawa dingin, WiFi, tempat mengecas menggunakan USB serta pelbagai kemudahan lain,
pod itu menawarkan persekitaran yang kondusif buat satu atau dua individu yang ingin bekerja, belajar mahupun menghadiri mesyuarat secara maya.
Semasa melancarkan pod itu pada hujung minggu lalu, Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee berkata pod tersebut disediakan hasil kerjasama antara Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), syarikat Burztech, Parti Tindakan Rakyat (PAP) serta para sukarelawan daripada masyarakat Boon Lay.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.