Gambar Pilihan Hari Ini
Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Estetika prasarana dalam Gambar Pilihan Hari Ini nampak seperti satu daya tarikan pelancong, namun ia sebenarnya sebuah sekolah antarabangsa.
Terletak di tengah-tengah hutan rimba di Ubud, Bali, 'Green School' atau Sekolah Mesra Alam ini dikenali dengan pendekatan pendidikan yang menyeluruh.
Akademi ini memberi penekanan kepada kemampanan, lantas secara langsung dibangunkan dengan menerapkan ciri-ciri mesra alam.
Bangunannya yang unik diperbuat daripada buluh, lumpur serta rumput dan kampusnya beroperasi sepenuhnya menggunakan tenaga boleh diperbaharui. Malah, sisa makanan juga dimanfaatkan sebagai baja.

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.