Gambar Pilihan Hari Ini
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Lang Tengah Turtle Watch/Instagram)
BERITAmediacorp: Anak penyu hijau disefalus - merujuk kepada keadaan berkepala dua - ditemui di Kuala Dungun, Terengganu.
Sewaktu memuat naik gambar penyu 'kembar' itu di Instagram, satu kumpulan pemerhati penyu di Malaysia sempat berkongsi beberapa fakta menarik berdasarkan pemerhatiannya berhubung keadaan disefalus reptilia tersebut.
Menurut mereka, dua kepala penyu itu berkongsi morfologi serupa dan ia bertindak balas secara berbeza kepada stimuli atau rangsangan luar.
Meskipun koordinasi pergerakan penyu itu tidak selari, kepala kanan jelas kelihatan lebih dominan.
Sisik muka pada setiap kepala penyu itu berlainan, bermakna ia boleh dikenal pasti sebagai 'individu' yang berbeza melalui teknik pengecaman gambar.

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.