Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAmediacorp: Sejak malam semalam (9 Ogos) tular di media sosial seorang penonton lelaki, yang turut serta meraikan ulang tahun ke-57 Singapura di Pentas Terapung Marina Bay, menitiskan air mata semasa menyanyikan lagu kebangsaan Singapura.
Ramai yang berkongsi online bahawa mereka juga ikut menitiskan airmata apabila melihat lelaki - yang kini dikenal pasti sebagai Azuan Tan - kerana dapat merasakan emosi yang sama. Tidak kurang juga segelintir yang bergurau menyatakan lelaki itu mungkin memikirkan bahawa beliau perlu bekerja keesokan harinya.
Apa yang pasti titisan Azuan Tan itu menzahirkan rasa terharu, bangga dan penghargaan atas perpaduan negara setelah mengharungi pelbagai cabaran dalam tahun-tahun kebelakangan ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.