Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

Gambar-gambar: Lu Jia Xiang/Facebook

SINGAPURA: Kelihatan hampir sempurna seolah-olah dalam lukisan.

Mungkin sukar sedikit untuk percaya bahawa imej-imej objek astronomi dan cakerawala sejelas dipaparkan dalam Gambar Pilihan Hari Ini dipetik dari langit malam Singapura yang tercemar cahaya.

Hakikatnya, ia adalah hasil usaha gigih seorang jurugambar astronomi tempatan yang sanggup bersengkang mata pada dini hari dan duduk mendanguk di aras paling tinggi tempat letak kenderaan tujuh tingkat di Jurong West.

Beliau memetik gambar planet berhampiran serta bulan menjelang satu penjajaran khas beberapa cakerawala yang dijangkakan berlaku pada 24 dan 25 Jun.

Ternyata, kerja keras beliau membuahkan hasil apabila gambar-gambar menakjubkan yang dipetiknya menerima lebih 200 perkongsian kurang sehari ia dimuat naik ke Facebook kumpulan CloudSpotting & SkySpotting Singapore.

 
Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan