Gambar Pilihan Hari Ini
BERITAmediacorp: Kalau 'cerek' dalam Gambar Pilihan Hari Ini dibiarkan atas meja pejabat sewaktu mesyuarat, mungkin ada tangan yang pantas mencapainya untuk menuang secawan kopi atau teh bagi meningkatkan tahap fokus.
Jika ada mata lain yang memandang gerak-geri itu, dari sudut bertentangan pula, pasti akan sedaya upaya menahan gelak mentelah lagi melihat reaksi terpinga-pinga si 'mangsa'.
Yang disangkakan teko rupanya topi keledar!
Keunikan topi keledar ini memudahkan ia dibawa ke mana sahaja dengan reka bentuk klasik yang turut menyertakan tangkai untuk dipegang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.