Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

Gambar: Agensi berita/ South China Morning Post

BERITAmediacorp: Sekilas pandang, mungkin anda akan merasakan seolah-olah Gambar Pilihan Hari Ini memaparkan botol sabun cuci baju.

Percaya atau tidak, ia sebenarnya adalah botol minuman Teh Susu Thai.

Ia dihasilkan oleh Restoran Makanan Thai Nanyeli di Nanjing, timur China, menurut agensi berita Jimu News yang diterbitkan oleh South China Morning Post.

Minuman teh susu ini dijual dalam botol 500 mililiter di tiga cawangan rangkaian restoran berkenaan di seluruh bandar tersebut.

Disebabkan oleh bentuk botolnya, ia berpotensi mengelirukan orang ramai terutama kanak-kanak kecil.

Syarikat berkenaan sudahpun menukar pembungkusannya selepas dikecam orang ramai di Internet.

Sumber : BERITA Mediacorp/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan