Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Jika sesuatu produk tidak lagi berfungsi atau sudah buruk, ramai antara kita pasti membuangnya atau menghantarnya untuk dikitar semula. Namun, bagi artis ini, apa yang kita anggap sebagai sampah boleh diubah menjadi satu karya.

Artis berusia 28 tahun dari Bingerville, Ivory Coast, dalam Gambar Pilihan Hari Ini mencantumkan barang-barang lama atau yang sudah rosak seperti alat ganti daripada telefon bimbit serta papan kekunci untuk menciptakan sebuah karya memaparkan kehidupan seharian manusia. Ini  termasuk gambaran banjir, kesesakan lalu lintas dan buruh kanak-kanak. 

Selain itu, beliau juga ingin mencari penyelesaian bagi masalah negaranya di mana pengisihan sampah tidak wujud dan banyak sampah yang dibuang oleh penduduk bertimbun-timbun di kaki lima. 

Mungkin kita juga boleh cuba memberikan nafas baru kepada barang-barang lama dengan cara kreatif selain membuangnya begitu sahaja ke dalam tong-tong kitar semula yang disediakan.

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan