Gambar Pilihan Hari Ini
BERITAmediacorp: Walaupun kita sering ternampak mesin layan diri di sini yang biasanya menjual minuman, makanan dan kadangkala alat tulis, ia tidak boleh 'bersaing' dengan Jepun, yang terkenal sebagai 'syurga mesin layan diri' di dunia.
Begitu banyak sekali mesin layan diri di negara tersebut sehinggakan anggaran nisbahnya adalah satu mesin layan diri bagi setiap 23 penduduk. Antara yang ditawarkan adalah mesin layan diri popcorn yang dipaparkan dalam Gambar Pilihan Hari Ini.
Popcorn ini dijual pada harga hanya ¥220 (S$2.37) sahaja dan boleh didapatkan di daerah Akihabara.
Malangnya, popcorn masin sahaja yang ditawarkan...
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.