Gambar Pilihan Hari Ini
Gambar: Facebook/ West End Motorsports
BERITAmediacorp: Topi keledar antara aksesori yang diutamakan penunggang motosikal.
Sesetengah daripada mereka mungkin tidak cerewet bab reka bentuknya tetapi ada yang memilih kerana ia melengkapkan gaya keseluruhan si penunggang ketika berada di jalan raya.
Gambar Pilihan Hari Ini menampilkan reka bentuk topi keledar yang disesuaikan atau 'customised' untuk menampilkan wajah penunggang motosikal.
Dengan ini, pengguna jalan raya lain masih dapat melihat muka penunggang motosikal apabila mereka menutup visor.
Namun di Singapura, topi keledar harus memenuhi piawai keselamatan yang ditetapkan pihak berkuasa dan diluluskan untuk penggunaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.