Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

Gambar: Amir Ali

Diterbitkan : 05 May 2022 11:46AM Dikemas Kini : 05 May 2022 11:48AM

BERITAmediacorp: Jika berjalan di koridor ini, pasti bangkit rasa kagum melihat satu ruang cantik ala 'Moroccan Souq'. Langsung berasa seolah-olah sudah sampai di Maghribi.

Inilah daya ilham Encik Amir Ali, pemilik sebuah rumah di Blok 359 Clementi Ave 2. Setiap tahun, ada sahaja idea kreatif beliau untuk menghias indah ruang koridor rumahnya dan inspirasi bagi hiasan berkonsep Timur Tengah tahun ini tercetus setelah pulang dari umrah pada Februari lalu.

Ia juga adalah hasil gotong-royong beliau sekeluarga dan lebih menarik lagi, barang-barang yang digunakan merupakan bahan-bahan kitar semula seperti kayu.

Walaupun perhiasan rumahnya sudah kelihatan lengkap, beliau sempat berseloroh: "Cuma tak ada unta je!"

Sumber : BERITA Mediacorp/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan