Gambar Pilihan Hari Ini
Pemandangan syahdu yang mendamaikan hati. Setelah dua tahun melopong, Masjidil Haram kembali sesak dengan keadaan kembali hampir seperti sedia kala sebelum pandemik melanda.

(Gambar: Saudi Gazette/Facebook)
BERITAmediacorp: Pemandangan syahdu yang mendamaikan hati. Setelah dua tahun melopong, Masjidil Haram kembali sesak dengan keadaan kembali hampir seperti sedia kala sebelum pandemik melanda.
Gambar Pilihan Hari Ini menunjukkan perhimpunan ratusan ribu jemaah untuk menunaikan solat Jumaat terakhir dalam bulan Ramadan.
Menurut laporan Saudi Gazette pada Khamis (28 Apr), fasa ketiga projek pembesaran membolehkan Masjidil Haram menerima hampir 19 juta jemaah pada Ramadan untuk lima solat fardu, selain solat Tarawih dan Tahajud.
Masjidil Haram menerima lebih 500,000 jemaah sejam dengan separuh daripadanya di kawasan dalam masjid dan bakinya di dataran.
Kementerian Haji dan Umrah juga mengesahkan jemaah yang ingin menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah tidak perlu mendapatkan permit.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.