Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Alphonso Chan/Facebook)
SINGAPURA: Sekali pandang, mata yang melihat pasti menyangkakan reka bentuk pada teksi dalam Gambar Pilihan Hari Ini adalah ‘kulit’ baru bagi menghiasi badan kenderaan itu.
Namun, jika anda cakna untuk memerhati dengan lebih dekat lagi – mungkin seperti yang dilakukan oleh pengguna Facebook yang memetik dan mengongsikan gambar ini – barulah anda akan perasan bahawa ia sebenarnya pelekat vaksinasi “I am OK”.
Meskipun susunan pelekat itu agak rawak dan kurang jelas reka bentuk yang ingin dibuat, sekurang-kurangnya pemandu teksi ini kreatif dalam menggunakan semula semua pelekat tersebut daripada terus membuangnya begitu sahaja.
Mungkin juga ia sebagai tanda ingatan untuk merakamkan memori mengharungi detik-detik COVID-19, suatu masa mencabar yang sudah berlarutan selama lebih dua tahun.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.