Gambar Pilihan Hari Ini
BERITAmediacorp: Setelah dua tahun menyepi daripada hingar-bingar orang ramai membuat persiapan sempena Lebaran , kawasan Geylang Serai digamatkan dengan perarakan kenderaan yang unik pada hujung minggu lalu.
Sebuah 'kontinjen' terdiri daripada sekurang-kurangnya 35 kenderaan dilihat berarak dari Changi Road menghala ke kawasan Wisma Geylang Serai di mana tapak bazar Hari Raya dianjurkan.
Menariknya, perarakan yang melibatkan beberapa jenis kenderaan itu disusun mengikut saiz kenderaan, dari van, bas kecil hingga ke trak dan lori hinggalah trak pemunggah sampah.
Suasana serta-merta bertambah lebih bertenaga apabila kontinjen yang berarak itu membunyikan hon kenderaan masing-masing, sekali gus menarik perhatian pengunjung yang tidak melepaskan peluang untuk merakamkan pemandangan serta pengalaman jarang-jarang dilihat di kawasan tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.