Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

Gambar: Facebook/ Arthur Pang

Diterbitkan : 20 Apr 2022 01:11PM Dikemas Kini : 20 Apr 2022 01:17PM

BERITAmediacorp: Pelanggan yang cekap berbahasa Inggeris mungkin tersedak apabila membaca nama-nama hidangan dalam Gambar Pilihan Hari ini ketika mahu membuat pesanan.

Menu sajian sebuah restoran di Beijing, yang berkonsepkan gaya Singapura, menyertakan terjemahan langsung ke bahasa Inggeris bagi setiap nama hidangan. Bukan sahaja nama-nama hidangan itu kedengaran canggung, ia malah disalah eja.

Gambar-gambar menu restoran 'Borderless' itu dikongsikan oleh pengguna Facebook, seorang rakyat Malaysia yang menetap di Beijing. Menurutnya, restoran tersebut diuruskan dan dikendalikan oleh warga Cina tempatan.

Bukan sahaja juadah yang disediakan bercirikan Singapura, para pelayan di restoran itu bahkan memakai kebaya batik persis yang digayakan pramugari Singapore Airlines.

Sumber : BERITA Mediacorp/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan