Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Lulu Alhadad)

Diterbitkan : 19 Apr 2022 01:37PM Dikemas Kini : 20 Apr 2022 04:12PM

BERITAmediacorp: Ini sepasang baju raya bukan untuk dipakai tetapi untuk dimakan. Biskut comel dan menarik ini adalah hasil air tangan sepasang adik beradik Aisha, 11 tahun dan Anissa, 8 tahun.

Menerusi perniagaan kecil mereka @craftysisters.sg, mereka menghasilkan biskut unik berbaju Raya dan dibungkus lengkap dengan kotak istimewa serta reben dan pelekat Hari Raya untuk para pembeli hadiahkan kepada keluarga, rakan-rakan dan tetamu. Tujuannya? Untuk membangkitkan semangat saling memberi antara satu sama lain, sekaligus mempererat silaturahim.

Gambar: Lulu Alhadad

Tambahan lagi, dua bos cilik ini berniat untuk menyalurkan sebahagian hasil jualan kepada amal. Antaranya, menaja jamuan berbuka puasa untuk golongan yang memerlukan di Singapura pada 10 hari terakhir Ramadan.

Sumber : BERITA Mediacorp/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan