Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Sikap peniaga air balang tepi jalan di Malaysia ini begitu jujur dan ini jelas terpampang pada kain rentang di gerainya.

Jika lazimnya, kain rentang di gerai-gerai tertera nama perniagaan, lain pula dengan peniaga yang satu ini. Beliau memasang sepanduk yang tertera, "Tak tau nak tulis apa, saja print untuk lindung cahaya matahari". Bahagian bawahnya pula langsung tertera harga minuman yang dijual.

Melalui gambar yang dikongsi pengguna Twitter @brgsjks, ada dalam kalangan warga siber yang menyatakan bahawa ini satu kaedah pemasaran yang baik.

Ini satu soalan untuk para pembeli, apa yang hendak dijawab kepada ibu sekiranya ditanya di mana anda membeli air ini? ;)

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan