Gambar Pilihan Hari Ini
Gambar: TikTok/@mirsinnovate
BERITAmediacorp: Baru-baru ini, seorang lelaki melamar temanitanya di atas SuperTree di Taman di Persisiran Singapura dengan mengadakan pertunjukan cahaya menggunakan 150 dron.
Semua dron itu disusun atur oleh vendor MIRS Innovate untuk membentuk satu formasi menyerupai sebuah kotak hadiah. Kemudian, formasi tersebut berubah untuk membentuk sebuah cincin gergasi yang kilau berkelipan, berlatarkan latar langit bandar Singapura.
Rakaman video lamaran itu dimuat naik ke TikTok dan sudah meraih perhatian ramai wanita yang meluahkan rasa cemburu tetapi gembira buat pasangan tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.