Gambar Pilihan Hari Ini

Gambar:Facebook/Arab News
BERITAmediacorp: Lima vakum robot ini digunakan untuk membersihkan dan membasmi kuman di bumbung Kaabah, dengan operasi pembersihan bumbung mengambil masa 20 minit, menurut Agensi Berita Saudi (SPA).
'Pekerja' berukuran 40x40x10 ini mempunyai kuasa sedutan yang kuat dan upaya menyapu serta mop meliputi kawasan seluas 180 meter persegi dalam tiga jam.
Buat masa ini ia dikerahkan khusus untuk membersihkan Kaabah dengan minat diperluaskan ke Masjidil Haram amnya.
Tidak boleh dinafikan teknologi dapat mempercepatkan tugas dengan kos yang lebih rendah.
Namun, apakah nasib kru pembersih Masjidil Haram yang bertugas demi meraih pahala?
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.