Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

Gambar: Sumber Web/@ballonsdumonde

BERITAmediacorp: Anda tidak lagi perlu melancong ke luar negara untuk menikmati pengalaman menaiki belon udara panas.

Syarikat "Ballons Du Monde" di Marina Bay kini menawarkan pengalaman menikmati pemandangan indah Singapura dari udara!

Ia berbeza sedikit daripada belon helium DHL di Tan Quee Lan Street yang ditutup pada 2008.

Balloons Du Monde yang pertama seumpamanya di sini menggunakan alat pembakaran yang mengurangkan ketumpatan udara.

Sehingga tiga orang boleh menaiki belon udara itu pada satu-satu masa dan anda boleh menempah tiket di laman web syarikat tersebut dengan bayaran S$265 untuk satu orang.

Meskipun di tengah-tengah pandemik, penduduk Singapura tidak akan rasa bosan kerana ada saja aktiviti baru yang boleh anda cuba.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan