Gambar Pilihan Hari Ini
BERITAmediacorp: Lazimnya kari dimasak dengan ayam, ikan dan daging. Ada juga pelbagai jenis kari di dalam dunia, seperti kari jepun... kari korea...dan mungkin juga kari buaya?
Tengok taringnya pun sudah menakutkan...Namun betulkah ini kari buaya?
Setelah gambar ini tular di Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini, warga siber membanjiri ruangan komen,memberikan penjelasan bahawa haiwan tersebut bukanlah buaya. Sebaliknya ia spesies ikan dalam kategori sama yang dinamakan Ikan 'Alligator Gar'. Muncungnya serupa seperti buaya dan ia lazimnya dijadikan hiasan pada hidangan.
Jadi dalam masa akan datang, janganlah terperanjat jika anda nampak kepala "buaya" di atas pinggan anda ya!
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.