Gambar Pilihan Hari Ini

Gambar: Instagram/@malavoltafrancesco
BERITAmediacorp: Kereta sorong bayi yang tersusun berderet dalam Gambar Pilihan Hari Ini tidak dimiliki sesiapa.
Ia juga bukan kes pengabaian harta benda tetapi sebenarnya sumbangan muhibah daripada sekumpulan ibu Poland kepada golongan ibu memerlukan, khususnya, mereka yang mencari suaka di negara itu dari Ukraine bersama anak-anak.
Tatkala kita meraikan kaum Hawa sempena Hari Wanita Sedunia pada Selasa (8 Mac), inisiatif tulus sebegini membuka mata bahawa tidak semua perkara terdorong oleh ganjaran semata-mata sebaliknya, sikap perikemanusiaan untuk saling membantu, menyokong dan memperkasa satu sama lain agar dapat hidup lebih makmur lagi harmoni bersama.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.