Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Bunyi kokok ayam selalunya menandakan permulaan hari bagi para penduduk sekitar Blok 752 Yishun Street 72.

Ayam-ayam yang selalu dapat dilihat di kolong blok atau di tempat meletak kereta dan disambut baik oleh kebanyakan penduduk di sana, ditemui mati pada pagi Isnin (21 Feb) dalam keadaan yang digambarkan dalam Gambar Pilihan Hari Ini. 

Seorang penduduk di daerah tersebut mendedahkan bahawa terdapat seseorang individu yang meracun ayam-ayam itu di tengah-tengah malam sehinggakan bangkai haiwan itu kelihatan seperti terbakar. 

Bukan itu sahaja, lelaki tersebut juga menuang bahan kimia pada pokok di mana ayam-ayam itu selalu berteduh. Para penduduk berharap pendera haiwan itu akan bersikap bertanggungjawab terhadap kelakuannya itu. 

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan