Gambar Pilihan Hari Ini

Gambar: Tiktok/@sz5424
BERITAmediacorp: Sekali pandang, gambar ini nampak seperti dipetik semasa sesi bergambar biasa sepasang pengantin yang baru selesai bernikah.
Namun, pasangan suami isteri ini sebenarnya terpaksa berasingan dek pengantin lelaki yang diuji positif COVID-19. Usai sahaja ijab kabul, pengantin lelaki terpaksa segera beredar ke dalam bilik.
Sekalipun demikian, sekeping gambar hari bahagia pasangan ini tetap perlu dirakam demi mengabadikan kenangan pahit manis ini. Maka terhasillah gambar bersama, meski seorang di balik tingkap, seorang lagi di luarnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.