Gambar Pilihan Hari Ini
Seringkali pengunjung diingatkan supaya tidak menyentuh sebarang lukisan atau barangan yang dipamerkan ketika mengunjungi muzium seni.
BERITAmediacorp: Seringkali pengunjung diingatkan supaya tidak menyentuh sebarang lukisan atau barangan yang dipamerkan ketika mengunjungi muzium seni.
Ini bagi menghormati hasil karya seniman, terutama sekali lukisan yang dihasilkan bertahun-tahun dahulu.
Di Rusia, sebuah lukisan yang dihasilkan pada sekitar tahun 1930-an diconteng dipercayai oleh seorang pengawal keselamatan yang bertugas di galeri seni.
Lukisan bernama "Three Figures" itu memaparkan tiga tubuh dan kepala tanpa sebarang ciri pada mukanya.
Dalangnya "gatal tangan" dengan melukis mata pada dua tubuh itu menggunakan pena.
Walaupun hasilnya agak melucukan, namun ia satu perbuatan jenayah yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingg tiga bulan.
Mujur, lukisan itu dilaporkan mempunyai perlindungan insurans bernilai 74.9 juta rubles (sekitar S$1.3 juta).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.