Gambar Pilihan Hari Ini
(Gambar: Petikan dari video Facebook/Alique Perez)
BERITAmediacorp: Cuba anda bayangkan...selepas seharian membanting tulang bekerja, anda akhirnya dapat duduk dan menikmati makanan kegemaran anda, ayam goreng.
Anda mula merobek lapisan tepung goreng yang menyaluti permukaan ayam itu, kemudian anda mendapati bahawa 'ayam goreng' itu sebenarnya adalah tuala buruk yang disalut tepung. Begitulah nasib seorang gadis di Filipina yang memesan menu ayam goreng ini di restoran makanan segera, Jollibee.
Jadi tidak kira di mana pun anda makan, sentiasa periksa makanan anda dengan teliti sebelum memasukkannya ke dalam mulut. Takut anda menyesal nanti!
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.