Gambar Pilihan Hari Ini
Seperti latar adegan sebuah filem, hutan rimba dalam Gambar Pilihan Hari Ini sebenarnya adalah kawasan di Hutan Clementi, antara tempat hangat dalam kalangan mereka yang melakukan kegiatan mendaki tatkala musim pandemik sekarang.

(Gambar: phonenomenon/Instagram)
BERITAmediacorp: Seperti latar adegan sebuah filem, hutan rimba dalam Gambar Pilihan Hari Ini sebenarnya adalah kawasan di Hutan Clementi, antara tempat hangat dalam kalangan mereka yang melakukan kegiatan mendaki tatkala musim pandemik sekarang.
Gambar dipetik oleh seorang jurugambar tempatan yang merakamkan suasana hening tempat itu ketika meneroka Laluan Kereta Api Jurong sepanjang 19 kilometer.
Baru-baru ini, Singapura digelar sebagai tempat paling "Instagrammable" di dunia oleh sebuah majalah pelancongan Britain. Ia memaparkan tempat-tempat cantik lagi indah untuk bergambar seperti mercu tanda Taman di Pesisiran dan Haji Lane.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.