Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Tangkapan skrin video @silentkiller86jb/TikTok)
BERITAmediacorp: Haiwan-haiwan berbadan kecil dan tidak seberat seekor gajah mungkin tidak berdepan sebarang kesulitan apabila bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Namun, untuk haiwan seberat gajah ini, agak susah untuk mereka bergerak, apa lagi untuk turun dari tempat yang lebih tinggi!
Dalam satu rakaman video yang tular baru-baru ini di Tiktok, seekor gajah berdepan kesukaran untuk merentasi timbunan tanah untuk pulang ke tempat asalnya. Oleh itu, dengan dua kaki di hadapan dan dua kaki di belakang, gajah itu meniarap di atas tanah lalu meluncur ke bawah dan akhirnya, berjaya turun.
Gelagat gajah yang comel dan lucu itu menghiburkan ramai penonton di TikTok sehingga tanda suka atau 'likes' ditekan sebanyak 91.2 kali. Ada netizen juga meninggalkan komen mengatakan, "Mesti shiok gajah itu macam main gelongsor!"
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.